Awek Seksi Tak Dialu-Alukan Di Terengganu..! Tetapi!!!

NAMPAKNYA, kerajaan Terengganu kini sudah mengikut jejak langkah Kelantan menerusi penguatkuasaan lebih ketat undang-undang membabitkan tatacara berpakaian bagi wanita.
Sebagai bukti, surat saman yang dikeluarkan kepada seorang wanita berusia 18 tahun yang melakukan kesalahan tersebut kini tersebar di laman sosial dan menjadi viral.
IMG-20150224-WA0008
Menerusi penguatkuasaan undang-undang di bawah Enakmen 7 Tahun 2001 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) Terengganu, mana-mana perempuan yang berpakaian mendedahkan tubuh di tempat awam boleh didenda tidak melebihi RM1,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
IMG_20150223_101722
Selain itu, wanita terbabit akan diperintahkan untuk mendengar kaunseling dengan segera di pejabat Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam).
Difahamkan, penguatkuasaan undang-undang berkaitan tatacara berpakaian dalam kalangan kaum hawa di negeri ini kian diberi perhatian ekoran masalah sosial yang semakin menjadi-jadi.
Video – Pelajar Perempuan Terengganu Bergaduh